Selasa, 18 September 2012

Apakah itu Sarang Burung? • Sarang Burung yang dinyatakan ini adalah sarang burung walet ( laying-layang ) yang membuat sarangnya dengan menggunakan air liurnya sendiri. Dihasilkan oleh 2 spesis walet, iaitu • White-nest Swiftlet (Aerodramus fuciphagus) • Black-nest Swiftlet (Aerodramus maximus Perbezaan di antara Sarang Burung berwarna putih, hitam dan juga merah ? • Sarang burung yang berwarna putih dihasilkan oleh spesis burung walet yang dipanggil “Aerodramus Fuciphaga”. Sarang yang berwarna putih adalah lebih berkualiti. • Sarang burung yang berwarna hitam dihasilkan oleh spesis burung walet yang dipanggil ” Aerodramus maxima” .Harga bagi sarang yang berwarna hitam adalah lebih murah berbanding sarang yang berwarna putih. • Sarang yang berwarna merah dihasilkan oleh kedua-dua jenis burung walet. Warna ini terhasil apabila berlaku tindak balas kimia di antara air liur burung itu dengan sejenis batu yang terdapat di sesetengah gua. Terdiri daripada 3 jenis sarang burung: • Sarang Burung Berdarah ( Merah ) • Sarang Burung Sutera Keemasan ( Kuning ) • Sarang Burung Maharaja Putih ( Putih ) Perbezaan di antara Sarang Burung liar (gua) dan secara ternak (rumah burung) • Sarang Burung Liar - Kurang berkualiti kerana sarangnya mengadungi bulu burung serta kotoran semulajadi. • Sarang Burung Ternakan - Lebih berkualiti kerana sarangnya lebih licin serta bersih. Apakah yang anda tahu tentang sarang burung? • Mengandungi 60% protein (protein larut air & protein aktif). • Tterdiri daripada 18 jenis asid amino penting, vitamin, serat, karbohidrat, kalsium, zat besi, kalium, fosforus & magnesium. • Bahan yang paling penting ialah faktor perangsang mitogen-MSF dan faktor pertumbuhan epidermis-EGF yang dikenali sebagai “Gen Kecantikan”. Kepentingan Sarang Burung Dalam Masyarakat Cina • Sarang burung berada di tahap kedua selain Ginseng. • Pemangkin pertumbuhan sel dan kulit. • Penggunaan janka panjang – Mencantikan permukaan kulit, menberi tenaga dan mengukuhkn ketahanan kepada golongan tua terhadap penyakit. •  – Kesihatan paru-paru, buah pinggang, perut dan ginjal.

beruntung untuk masa akan datang jika kita mencubanya

burung walit,